Tuesday, May 31, 2011

Bila Tarif Letrik Naik....

Pada mulanya rasa nak marah. Asyik naik aja. Bila nak turun ni. Tetapi bila fikir lama-lama, sembang dengan kekawan, berubah pula perasaan. Mana taknya, aku kerja dengan syarikat pengeluar makanan. Tiap-tiap tahun, harga barangan yang dibuat oleh kilang aku naik. Kami terpaksa naikkan harga kerana harga bahan mentah terutama yang diimpot naik. Gaji kakitangan, termasuk gaji aku juga dinaikkan pihak syarikat pada kadar 12%.
Jadi, bila TNB naik tarif selepas harga gas dinaikkan oleh Petronas setelah Kerajaan tidak tambah subsidi, ramai yang marah. Rasa pulak macam hipokret. Kalau aku marah kat TNB, bererti aku kena marah juga syarikat aku sendiri yang naikkan harga barangan makanannya.
Pening, pening. Aku baca banyak blog yang kutuk TNB termasuk bossnya sekali. Sampai gajinya pun dibangkitkan. Ada yang suruh dia sumbang sebahagain besar pendapatannya kepada rakyat. Kalau demikian pandangan mereka, maka semua CEO dan mereka yang berpendapatan lumayan perlu sumbang sebahagian gaji mereka kepada golongan tersebut. Jangan hadkan kepada Che Khalid aja.
Yang lawaknya, ramai yang mau TNB "absorb" kos yang tinggi agar tidak beban rakyat. Kalau itulah pandangan mereka baik suruh TNB jadi sebuah badan kebajikan aja. Berniaga tanpa untung.
Bab untung ni, kita kena paham bebenar apa erti untung sebenarnya. Yang berbilion untung tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit. Ianya termasuk harta dan lain-lain. Aku tau lah sikit-sikit perkara ni. Kalau nak penjelasan yang lebih, tanya kawan-kawan yang ada finance background.
Bila TNB kata 75 peratus isi rumah tidak akan terjejas ekoran daripada kenaikan tarif. Terkejut juga aku. Ramai tu. Betul ke? Aku pun cuak juga. Mana mungkin. Tapi bila teringat keadaan di kampung aku di Malim Nawar, memang lah benar. Mereka di kampung mana pakai aircon. Rumah kat sana, besar-besar (rumah kampung) lubang angin luas tak perlu aircon sangat. Berjuta rakyat negara ini dok di luar bandar, mereka tak pakai letrik macam golongan berada di kuala lumpur atau bandar-bandar besar.
Aku fikirlah, kalau mereka tu dan mampu pakai aircon, alat pemanas air untuk mandi, gosok baju hari-hari, tengok tv tak berhenti-henti, anak-anak main video game berjam-jam, lampu tampan dipasang lebih 12 jam sehari. Lantak ler kalau terpaksa kena bayar letrik lebih.
Tapi yang aku heran, ngapa Kerajaan yang dipersalahkan. Cuba cermin diri sebelum salahkan orang lain. Kita pakai kereta besar-besar, minyak nak murah. Kalau kerajaan naik harga Ron95, nak undi pembangkang. Apa pembangkang kasi harga barang turun ke? Setahu aku yang duduk di Selayang, cukai pintu dan bayaran-bayaran lain tak turun pun. Apalah kau orang ni. Manja sangat.