Wednesday, June 1, 2011

Jawaban Kepada RBF Online

Mulai 1 Jun nanti tarif eletrik akan naik sebanyak 7.12 %. Kata menteri yang bakal kalah di parlimen Miri dalam PRU akan datang, kenaikan tersebut tidak akan menjejaskan kira-kira 75 peratus penduduk yang menggunakan kurang daripada 300 kw sebulan. Jumlah 300 kw itu untuk pengguna yang membayar bil eletrik RM 85.80 sebulan. Mereka berkata kenaikan 7.12 peratus itu disebabkan oleh peningkatan harga gas asli untuk sektor tenaga.

Jawaban:

Menjelang 1 Jun 2011, TNB menanggung kos gas asli pada kadar RM13.70/mmBTU*. Peningkatan sebanyak 28 peratus berbanding harga semasa iaitu RM10.70/mmBTU*, berdasarkan keputusan kerajaan untuk menyemak mekanisme harga gas asli yang mencerminkan harga pasaran. Penyemakan akan dibuat setiap enam bulan.

Disebabkan peningkatan gas asli, bil TNB juga akan meningkat kepada lebih kurang RM1.5 bilion setahun.

Harga arang batu, yang menyumbang kepada 48.3 peratus kos tenaga oleh TNB juga telah meningkat. Arang batu kini dijual pada US $120 per tan berbanding US $85 per tan pada 2009.

Pada masa yang sama, harga arang batu juga telah meningkat.

Tarif baru ini dirangka berdasarkan harga arang batu pada US$85/tan CIF pada semakan Mac 2009. Sejak dari itu, purata harga arang batu telah meningkat sehingga US$120/tan CIF baru-baru ini.

Semakan tarif ini juga dilaksanakan bagi menampung sebahagian daripada peningkatan kos pembekalan elektrik sejak 2006. Peningkatan jumlah modal, peralatan dan perbelanjaan bahan mentah serta pembangunan infrastruktur penyediaan elektrik telah mengakibatkan keadaan semakin meruncing.

Semakan kadar elektrik perlu bagi mencerminkan kos-kos yang semakin meningkat ini.

Namun begitu, semakan kadar baru ini disusun secara teliti agar tidak menjejaskan pengguna yang kurang mampu dan berpendapatan rendah. Majoriti rakyat Malaysia (75% daripada jumlah penduduk) tidak akan mengalami pertukaran kadar elektrik.

Itulah pemikiran kepala otak sial bos-bos TNB haram jadah. Mereka buat syarikat itu seperti tok nenek mereka yang punya . Sedangkan ianya sebuah GLC. Setahun mereka untung berbilion-bilion kerana syarikat itu menjalankan perniagaan secara monopoli. Tapi mereka tak boleh korban sedikit keuntungan mereka kepada orang ramai. Yang mereka tahu untung mereka tak boleh kurang. Itulah pasal saya namakan mereka sialan dan dajalan.

Walaupun dalam keadaan kenaikan kos gas asli, bulan Febuary lepas TNB masih lagi mencatat untung bersih sebanyak RM 1.34 bilion untuk tempoh 6 bulan pertama. Itu baru 6 bulan. Kalau setahun dah RM 2.68 bilion. Itu dalam keadaan kenaikan kos gas asli, mereka masih lagi dapat mencatat untung sebanyak itu. Sebelum kenaikan kos gas asli sudah pastilah mereka untung lebih daripada itu. Kalau syarikat mereka rugi atau untung tak cukup , kita tak kisah sangat. Untung berbilion-bilion tapi nak tekan pelanggan lagi. Sial !

Halo Che Khalib, duit itu bukan tok nyang hang yang punya. Tolong jangan buat macam harta sendiri. Apa salahnya jika duit berbilion-bilion itu digunakan untuk menampung kenaikan harga gas. Nak pendapatan lebih carilah perniagaan lain. Kau kena ingat TNB itu GLC, tolong rakyat bukannya nak kaut untung berbilion-bilion kemudian simpan seperti harta sendiri.


Setiap kali harga gula atau minyak naik kerajaan selalu pesan kepada para peniaga agar jangan menaikkan harga barangan. Tetapi apabila kos gas asli naik, kerajaan benarkan pula TNB naikkan harga eletrik. Siap menteri lagi yang umum. Dimanakah keadilan untuk peniaga-peniaga lain yang tak untung berbilion-bilion ?

Jawaban


Kali terakhir semakan tarif asas dibuat ialah pada Jun 2006. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kos pembekalan elektrik telah mengalami peningkatan terutamanya disebabkan kos-kos yang di luar kawalan termasuklah kos modal, peralatan dan bahan, inflasi, kos pertukaran wang asing dan kos pembangunan infrastrukur pembekalan elektrik.

Pada ketika ini, pulangan (Return on Ratebase, RoRB) TNB adalah jauh lebih rendah daripada kos modalnya (Weighted Average Cost of Capital, WACC) dan dijangka akan terus merosot sekiranya tarif asas semasa dikekalkan. Semakan tarif asas diperlukan untuk memastikan supaya Industri Pembekalan Elektrik di Malaysia terus berdaya maju.

Pinjaman TNB pada masa kini adalah tinggi sekitar RM21.3 billion pada 2010. TNB juga memerlukan perbelanjaan modal sekitar RM4 billion hingga RM5 billion setahun untuk pembangunan infrastruktur pembekalan elektrik pada masa hadapan







No comments: